Thursday, January 6, 2011

What Is Personal Car Advertisement?

Executive Summary

Ini idea perniagaan yang lain dari yang lain. Satu teknik baru yang akan meletupkan pasaran terbuka dari aspek pemasaran dan penjenamaan produk dan syarikat. Kaedah yang ringkas tetapi mampu menjana pendapatan yang banyak kepada syarikat dan golongan pengguna di Malaysia.

Satu inovasi kepada kaedah pemasaran sedia ada dan bakal menjadi ‘pioneer’ dan ‘market leader’ kepada kaedah pemasaran gaya baru. Adalah satu fakta penting bahawa setiap syarikat yang beroperasi samada yang masih baru atau telah lama bertapak dalam dunia perniagaan memerlukan pemasaran untuk berjaya. Pemasaran adalah komponen yang paling penting dalam sesebuah organisasi perniagaan. Ia bertindak sebagai nadi dalam sesebuah syarikat. Kekurangan dari aspek pemasaran bermakna satu penanda aras bahawa syarikat tersebut akan mengalami kerugian dan seterusnya mengalami kejatuhan.

Perkara tersebut akan menjadikan idea ini satu perniagaan yang sangat hebat dan seterusnya menjadi lubuk duit kepada sesiapa yang berada bersamanya. Ianya berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat antarabangsa kerana sehingga idea ini ditulis, tiada syarikat di Malaysia yang pernah menggunakan kaedah ini secara sepenuhnya.

Bahagian seterusnya akan memperjelaskan idea ini secara lebih total dan komprehensif.

Introduction of Product
Ianya adalah satu inovasi kepada kaedah pengiklanan yang digunakan di pasaran terbuka pada masa ini. Melalui inovasi ini, ia telah memberi makna baru kepada dunia pemasaran. 


Dalam konteks pengiklanan, ia melibatkan beberapa pihak. Pertama: Pihak syarikat yang membayar sejumlah wang kepada ‘advertising agency’ untuk memperkenalkan produk atau syarikat kepada pasaran. 


Kedua: Pihak pengiklanan atau ‘advertising agency’ untuk merencanakan jenis dan bentuk pengiklanan dipersembahkan kepada pengguna. 


Ketiga: Pihak pengguna yang terpengaruh kepada iklan dan membeli produk tersebut. Ini bermakna bermaksud ‘wang keluar’. Melalui sistem yang akan diperkenalkan ini, proses tersebut akan berubah di mana pengguna tersebut kan turut sama menjana pendapatan dalam proses pengiklanan tanpa mengubah gaya hidup mereka selama ini. 


Idea ini akan diperkenalkan sebagai “PERSONAL CAR ADS”. Ini bermaksud kereta persendirian yang selama ini dilabelkan sebagai liabiliti (bayaran ansuran kereta dan diprisiasi) akan berubah menjadi aset. Dengan membenarkan iklan sesuatu syarikat menghiasi kereta mereka untuk beberapa ketika, mereka akan dibayar setiap bulan berdasarkan jarak perjalanan mereka pada bulan tersebut. 


Pada ketika ini, hanya teksi dan kenderaan perdagangan syarikat sahaja yang mempunyai pelekat iklan untik mempromosikan sesuatu produk tetapi dengan kaedah ini, kenderaan persendirian juga akan bertindak untuk menjadi agen pengiklanan. 


Harus dijelaskan bahawa iklan yang bakal menghiasi kenderaan persendirian tersebut bukanlah jenis pelekat kecil tetapi ianya adalah satu transformasi di mana kenderaan tersebut akan dilekatkat dengan iklan seolah olah seperti kenderaan perdagangan syarikat.

Wednesday, January 5, 2011

Introduction

About Us
Wealth Secret Sdn Bhd adalah satu syarikat yang ditubuhkan dengan matlamat untuk menjadi pemain utama di dalam bahagian pemasaran dan pengiklanan gaya baru. Kami akan sentiasa membawa inovasi terbaru dalam merancakkan lagi dunia pengiklanan di pasaran sedia ada. Wealth Secret Sdn Bhd akan bersama sama anda dalam memastikan syarikat dan organisasi anda akan lebih maju dan berdaya saing selepas mengaplikasikan cara pemasaran dan pengiklanan sebenar yang lebih berkesan.

Ramai pemilik syarikat tidak menyedari bahawa mereka mampu melipat gandakan keuntungan hanya dengan memberi lebih perhatian kepada aspek pemasaran dan pengiklanan. Wealth Secret Sdn Bhd akan membantu anda menggandakan keuntungan syarikat kerana kami berpegang pada motto “We Will Double Your Income”.

Benarkan kami membantu syarikat anda.

Let’s be creative
Pemasaran memerlukan kreativiti dan inovasi. Perniagaan anda perlukan perubahan. Iklan yang hebat dan pemasaran yang berkesan mampu memberikan anda keuntungan berlipatkaliganda dalam masa yang singkat. Kami akan membantu anda memberikan grafik yang memukau dan saluran pengiklanan yang sebenar. Anda harus faham bahawa kelainan dan kreativiti dalam rekaan grafik iklan akan memberi impak yang besar dalam keberkesanan sesuatu iklan. Iklan yang hebat menggambarkan bahawa anda adalah syarikat yang hebat.

Within budget
Persoalan harga selalunya menjadi halangan kepada pengiklanan syarikat anda. Keengganan untuk melakukan pemarasan atas alasan apapun adalah tanda bermulanya era kejatuhan syarikat anda. Pemasaran adalah perkara yang perlu sentiasa berada di minda anda. Wealth Secret Sdn Bhd akan sentiasa mempertimbangkan kemampuan anda. Di sini kami akan mengikut bajet anda. Anda tentukan sendiri berapa yang anda inginkan. Segalanya di tangan anda.

Come & Meet Us
Konsultan kami sedang menunggu anda!

Konsep perniagaan kami adalah mudah. Kami ingin bertemu dengan anda.
1. Hubungi dan lakukan temujanji dengan kami.
2. Proses perbincangan perkhidmatan dan rundingan harga.
3. Anda bersuetuju dan proses menandatangani perjanjian.
4. Tentukan tarikh baru untuk sesi ‘post mortem’ syarikat anda kepada konsultan kami.
5. Wealth Secret Sdn Bhd akan sediakan laporan plan resolusi pemasaran syarikan anda.
6. Perlaksanaan plan resolusi pemasaran.

Why do you need us
Benarkan kami membantu syarikat anda. Wealth Secret Sdn Bhd akan sentiasa mendengar masalah syarikat anda. Setelah sesi rundingan dengan konsultan kami, hasil rundingan tersebut akan dibincangkan secara serius oleh tenaga pakar kami yang dikenali sebagai ‘think thinker’. Mereka akan mengeluarkan satu laporan khas mengenai syarikat anda. Laporan ini adalah ‘post mortem’ terhadap perjalanan syarikat anda sebelum ini dan ia juga satu pelan resolusi pemasaran & perngiklanan komprehensif khusus untuk syarikat anda. Pelan resolusi ini mungkin mampu mengubah corak keuntungan syarikat anda.

Now or Never
Sudah sampai masanya untuk anda bertindak. Syarikat anda mungkin di landa masalah atau anda masih belum berpuas hati dengan jumlah keuntungan syarikat sebelum ini, buktinya anda sedang berada di halaman ini. Jika anda menunggu duit besar masuk untuk anda memulakan pemasaran, anda sedang melakukan kesilapan. Masa yang sesuai adalah sekarang dan bukanlah esok atau lusa. Kata kuncinya adalah ‘massive action’. Masa depan syarikat anda bergantung kepada keputusan anda pada hari ini.