Thursday, January 6, 2011

What Is Personal Car Advertisement?

Executive Summary

Ini idea perniagaan yang lain dari yang lain. Satu teknik baru yang akan meletupkan pasaran terbuka dari aspek pemasaran dan penjenamaan produk dan syarikat. Kaedah yang ringkas tetapi mampu menjana pendapatan yang banyak kepada syarikat dan golongan pengguna di Malaysia.

Satu inovasi kepada kaedah pemasaran sedia ada dan bakal menjadi ‘pioneer’ dan ‘market leader’ kepada kaedah pemasaran gaya baru. Adalah satu fakta penting bahawa setiap syarikat yang beroperasi samada yang masih baru atau telah lama bertapak dalam dunia perniagaan memerlukan pemasaran untuk berjaya. Pemasaran adalah komponen yang paling penting dalam sesebuah organisasi perniagaan. Ia bertindak sebagai nadi dalam sesebuah syarikat. Kekurangan dari aspek pemasaran bermakna satu penanda aras bahawa syarikat tersebut akan mengalami kerugian dan seterusnya mengalami kejatuhan.

Perkara tersebut akan menjadikan idea ini satu perniagaan yang sangat hebat dan seterusnya menjadi lubuk duit kepada sesiapa yang berada bersamanya. Ianya berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat antarabangsa kerana sehingga idea ini ditulis, tiada syarikat di Malaysia yang pernah menggunakan kaedah ini secara sepenuhnya.

Bahagian seterusnya akan memperjelaskan idea ini secara lebih total dan komprehensif.

Introduction of Product
Ianya adalah satu inovasi kepada kaedah pengiklanan yang digunakan di pasaran terbuka pada masa ini. Melalui inovasi ini, ia telah memberi makna baru kepada dunia pemasaran. 


Dalam konteks pengiklanan, ia melibatkan beberapa pihak. Pertama: Pihak syarikat yang membayar sejumlah wang kepada ‘advertising agency’ untuk memperkenalkan produk atau syarikat kepada pasaran. 


Kedua: Pihak pengiklanan atau ‘advertising agency’ untuk merencanakan jenis dan bentuk pengiklanan dipersembahkan kepada pengguna. 


Ketiga: Pihak pengguna yang terpengaruh kepada iklan dan membeli produk tersebut. Ini bermakna bermaksud ‘wang keluar’. Melalui sistem yang akan diperkenalkan ini, proses tersebut akan berubah di mana pengguna tersebut kan turut sama menjana pendapatan dalam proses pengiklanan tanpa mengubah gaya hidup mereka selama ini. 


Idea ini akan diperkenalkan sebagai “PERSONAL CAR ADS”. Ini bermaksud kereta persendirian yang selama ini dilabelkan sebagai liabiliti (bayaran ansuran kereta dan diprisiasi) akan berubah menjadi aset. Dengan membenarkan iklan sesuatu syarikat menghiasi kereta mereka untuk beberapa ketika, mereka akan dibayar setiap bulan berdasarkan jarak perjalanan mereka pada bulan tersebut. 


Pada ketika ini, hanya teksi dan kenderaan perdagangan syarikat sahaja yang mempunyai pelekat iklan untik mempromosikan sesuatu produk tetapi dengan kaedah ini, kenderaan persendirian juga akan bertindak untuk menjadi agen pengiklanan. 


Harus dijelaskan bahawa iklan yang bakal menghiasi kenderaan persendirian tersebut bukanlah jenis pelekat kecil tetapi ianya adalah satu transformasi di mana kenderaan tersebut akan dilekatkat dengan iklan seolah olah seperti kenderaan perdagangan syarikat.

No comments:

Post a Comment